Aku ialah sebilah gunting yang berjenama Popular. Aku
dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Pulau Pinang. Pada suatu hari, aku
telah dihantar ke sebuah kedai buku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Aku dihantar ke
kedai buku dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang
ramai. Di kedai buku tersebut, aku juga berkenalan dengan kawan yang lain,
contohnya pemadam, pencil, pembaris dan lain-lain.
Pada suatu
hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang berumur agak 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya. Aku telah diberikan kepada anak lelakinya yang bernama Kevin.
Kevin membawa
aku ke sekolah setiap hari. Dia selalu menggunakan aku pada waktu pendidikan
seni. Selain itu, Kevin juga selalu meminjam aku kepada kawannya apabila mereka
memerlukan gunting. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap kali digunakan,
Kevin akan membersihkan aku.
Walaupun Kevin sudah menggunakan aku beberapa tahun, tetapi
aku masih kelihatan macam gunting baharu. Aku berasa bangga kerana dapat
berkhidmat kepada tuanku.