Monday, July 25, 2016

Aku Sebilah Gunting


Aku ialah sebilah gunting yang berjenama Popular. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Pulau Pinang. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai buku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

          Aku dihantar ke kedai buku dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Di kedai buku tersebut, aku juga berkenalan dengan kawan yang lain, contohnya pemadam, pencil, pembaris dan lain-lain.
          
         Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang berumur agak 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya. Aku telah diberikan kepada anak lelakinya yang bernama Kevin.

          Kevin membawa aku ke sekolah setiap hari. Dia selalu menggunakan aku pada waktu pendidikan seni. Selain itu, Kevin juga selalu meminjam aku kepada kawannya apabila mereka memerlukan gunting. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap kali digunakan, Kevin akan membersihkan aku.

          Walaupun Kevin sudah menggunakan aku beberapa tahun, tetapi aku masih kelihatan macam gunting baharu. Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku.

No comments:

Post a Comment